PELAKON baharu dan pencipta kandungan, Badron Munirah kurang selesa apabila wajahnya sering dibandingkan dengan penyanyi popular Indonesia, Afgan.
Meskipun dikatakan memiliki wajah tampan seiras Afgan, kata Badron atau nama lengkapnya Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdullah, 26, dia mahu dikenali dengan identiti sendiri.
“Memang ramai orang cakap muka saya macam Afgan. Tetapi saya rasa Afgan lebih kacak.
Biarpun perbandingan tersebut boleh dikira sebagai pujian, tetapi sejujurnya saya kurang selesa andai terus dibandingkan dengan Afgan.
“Bagi saya biarlah saya dikenali kerana diri saya sendiri tanpa perlu dibayangi orang lain,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Putri & Phrince.
Tuah memiliki wajah yang tampan, Badron atau lebih mesra disapa sebagai Mun menjadi pilihan Liyana Jasmay untuk membintangi drama bersiri arahannya berjudul Putri & Phrince yang ditayangkan di platform penstriman VIU.
“Sebagai pendatang baharu, saya sangat bersyukur diberi peluang membintangi drama Putri & Phrince . Ikutkan ini drama kedua lakonan saya tetapi kali pertama bawa watak utama.
Kena marah dengan pengarah itu saya tak dapat elak pada awalnya. Tetapi lama kelamaan saya sudah dapat apa yang diingankan oKak Nana (Liyana Jasmay),” kongsinya.
Selain Badron, drama Putri & Phrince yang mula ditayangkan 21 Ogos lalu turut dibintangi Nesa Idrus, Adriana Adnan, Farah Nadiah dan Khayrisyah Kemal. – HIBGLAM