BARU-BARU ini, Diva ada melihat satu hantaran media sosial Fatiya Latiff yang aktif bersenam untuk menurunkan berat badan.
Menerusi hantaran tersebut, Fatiya bertanya jika berat badannya kembali kurus, adakah dia akan kembali cantik seperti dahulu.
Kalau kurus, boleh cantik balik tak?” ujarnya.
Disebabkan hantaran tersebut, ramai meninggalkan komen sokongan agar dia terus aktif bersenam selain mendapatkan gaya hidup sihat.
Namun, apa yang Diva perasan, ada netizen bermulut jahat terus mengecam wajah Fatiya selain memintanya berhenti membuat sebarang pembedahan kosmetik.
“Dulu awak antara artis paling lawa tetapi kenapa ‘renovate’ muka? Tolong kembalikan Fatiya yang cantik itu.
“Rasanya awak kena buang ‘filler’ pada wajah, barulah cantik,” kata netizen.
Bagi Diva, sudah-sudahlah kecam wajahnya sebab Fatiya pun sedar tentang perkara tersebut. Komen itu bagi Diva sejenis bentuk buli juga. Harap Fatiya tidak ambil hati ya.
DIVA: Dengarnya tiket konsert 4U2C sudah terjual hampir 75 peratus