‘Jangan salahkan perempuan, suami yang macam buaya lapar’

PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta menasihati golongan wanita agar tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap orang ketiga sekiranya suami berselingkuh.

Menurut Che Ta, dalam situasi sebegitu, golongan lelaki yang harus dipersalahlan berbanding wanita.

Ini pendapat saya, bila lelaki curang, orang perempuan suka menyalahkan jantina sendiri. Jangan.

“Orang lelaki pun cari pasal sebenarnya sebab perangai teruk tetapi perempuan pula jadi mangsa,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Tambahnya, bukan sahaja menyalahkan, kaum hawa juga perlu mempunyai limitasi sekiranya ingin melempiaskan kemarahan seperti menyebarkan hal yang tidak sepatutnya.

Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki.

“Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.

Sesetengah orang suka, suami dia biasa sahaja tetapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu,” jelasnya.

Che Ta sebelum ini pernah memberitahu sekiranya suami curang, jangan sesekali meletakkan kesalahan terhadap wanita lain atau penyondol 100 peratus.

Katanya dalam situasi sebegitu, kedua-dua pihak bersalah dan layak diberikan hukuman. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok