Mana silapnya, Big Stage Alpha lambat panas?

SEJAK mula bersiaran sekitar dua bulan lalu, macam-macam respons menghujani program Big Stage Alpha.

Paling banyak pastinya komen negatif yang mempersoal sama ada program tersebut masih relevan atau tidak. Ditambah pula tahun ini hanya membariskan peserta lelaki sahaja, makin bertalu-talu kritikan diterima.

Meski sudah hampir dua bulan berlangsung,  Diva perasan Big Stage kali ini lambat panas. Tidak tahu di mana silapnya.

Sejujurnya Diva mula betul-betul fokus selepas tular dalam media sosial beberapa persembahan pesertanya pada konsert mingguan baru-baru ini.

Barisan peserta semuanya mempunyai kualiti tetapi mungkin ada bahagian yang kurang sehingga program ini sukar mendapat perhatian ramai.

Atau, ada kemungkinan rakyat Malaysia sudah bosan dengan program realiti nyanyian.  

Harapnya konsert-konsert mendatang berjaya membuka mata ramai pihak mengenai potensi setiap peserta ya.

DIVA: Sedap betul lagu duet Ernie Zakri dan Anggi Marito berjudul Kisah Penuh Kecewa.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok