DIKECAM mencari bakal teman hidup sempurna akhlak dan agama, pelakon Nadia Brian menyelar sikap segelintir individu yang gemar mempertikaikan doa seseorang.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, permintaan kepada Allah seolah-olah hanya boleh dizahirkan mereka yang pasti dapat masuk ke syurga, bukan kepada individu lain.
“Cakaplah lagi, beri kecaman lagi, kutuklah lagi, fitnahlah lagi. Tidak mengapa, alhamdulillah.
Baru tahu ahli-ahli syurga yang memberikan kecaman itu adalah ahli yang confirm masuk syurga.
“Saya baru tahu pendosa tidak boleh minta doa, yang boleh minta doa ahli-ahli syurga yang suka memberikan kecaman, fitnah, kutukan pada saya,” katanya dalam hantaran Threads.
Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu turut berharap doa insan teraniaya diterima Allah.
“Di hari baik ini, semoga doa yang dianiaya diangkat terus oleh Allah SWT,” ujarnya.
Sebelum ini, Nadia memuat naik satu hantaran di media sosial mencari seorang lelaki idaman yang sempurna dan memenuhi kriteria tertentu.
“Tiadakah lelaki yang solat, solo, berkarier, bijak, cakap lembut dan tinggi daripada saya di Malaysia,” tulisnya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat respons kurang enak netizen apabila ramai mula mempersoalkan keperibadiannya.
Ada yang merendahkan selebriti terbabit dengan mengatakan imej seksi ditunjukkan tidak selari dengan permintaan.
Tolong jangan sentuh fasal syurga dan neraka sedangkan pemakaian begitu,” kata seorang netizen.
“Sekurang-kurangnya ada usaha nak berubah. Tunjuk nak jadi baik. Ini tidak, kau main order je,” demikian respons pengguna Threads lain.
Sebelum ini Nadia menjadi antara selebriti yang kerap menjadi sasaran kutukan atas alasan kerana berani berpenampilan seksi. –HIBGLAM