GELARAN ibu nyata mengubah pandangan pelakon Eva Longoria mengenai imejnya apabila mula menjaga penampilan agar tidak terlalu seksi lagi.
Ibu kepada Santiago, 6, itu mengakui sudah tak ghairah mendedahkan bentuk badannya kerana berasa kurang selesa.
Pelakon bertubuh kecil molek berusia 50 tahun itu juga enggan anak lelakinya berasa malu sekiranya melihat gambar sang ibu yang mencolok mata apabila dewasa kelak.
Baginya keutamaan kini adalah putera hasil perkahwinan dengan penerbit, Jose Baston yang membuatkannya lebih selektif.
“Saya sering berfikir bahawa suatu hari nanti dia akan melihat semua ini. Jadi saya elakkan imej seksi mahu pun fotografi sensual,” katanya.
Menurut aktres kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu, ulang tahun ke-50 yang disambut pada Mac lalu menjadi titik tolak untuknya memperincikan semula hala tuju kehidupan. – HIBGLAM