Atikah Suhaime buat tutorial kain gendong pula

SELAIN Datin Intan Najuwa, Datin Atikah Suhaime juga salah seorang selebriti yang viral hampir setiap hari selepas melahirkan puteri sulungnya. Yelah, produk drama pun tak ada nak dikontenkan, apa sahaja aktiviti tentang anak pun bolehlah buat sembang-sembang.

Terbaharu, Atikah menarik perhatian ramai apabila memuat naik video cara mengikat kain gendong dalam TikTok.

Hanya menggunakan sehelai kain batik, tutorial tersebut membuatkan ramai ibu teruja untuk mencuba selain memuji sikap merendah diri Atikah kerana hanya mendukung dan mendodoi anaknya dengan cara tradisional begitu.

“Suka tengok gaya hidup Atikah, sangat sederhana dan guna kain gendong pula.

“Berguna betul tutorial sebegini. Terima kasih Atikah beri pilihan baharu kepada ibu lain,” komen netizen dalam ruangan komen video yang sudah mencecah lebih 3.2 juta tontonan.

Atikah turut berkongsi suaminya pernah belikan produk berjenama untuk mendukung bayi sebelum ini.

“Perkara lucu ialah suami sudah belikan yang berjenama mewah tetapi akhirnya Mulan suka jenis tradisional,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok