Londeh gaun, Britney Spears menari pegang garfu pula

BAGAI baru semalam penyanyi Britney Spears menunggang kuda tanpa berbaju sehingga mencetuskan kebimbangan peminat terhadap kesihatan mentalnya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua anak itu turut mengundang resah apabila memuat naik video menari dengan mengacu pisau.

Terbaharu, Spears berkongsi sebuah video yang menunjukkannya sengaja menarik gaun dipakai sehingga menampakkan payudaranya dan kemudian menutup semula bahagian itu.

Begitupun, videonya dengan aksi menggoda yang dipercayai dirakamkan di rumah dipadam selepas meraih komen ramai.

Malah, dia kemudian menggantikan hantaran lain yang menunjukkannya menari dengan gerakan sensual sambil memegang garfu.

Ada dalam kalangan pengikutnya menyindir dengan menyatakan sekurang-kurangnya penyanyi berusia 43 tahun itu berbaju.

Rata-rata peminat pula berharap keluarga terdekat memantau keadaannya yang seakan berdepan masalah mental semula.

Sebelum ini Spears membuat pengakuan berasa hampir gila apabila terperap di rumah selama empat bulan.

Selepas hak bapanya, Jamie Spears selaku wakil amanah dilucutkan mahkamah pada November 2021, penghibur sensasi itu dilihat seperti tiada keruan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok