‘Masuk liang lahad hadiah besar Allah buat saya’

TIADA kata-kata mampu menggambarkan perasaan melainkan  linangan air mata menemani pelakon Noorkhiriah sepanjang menjadi jenazah dalam salah satu babak drama Seribu Tahun.

Bukan atas permintaan sutradara Shahrulezad, Noorkhiriah berkata babak tersebut merupakan inisiatif sendiri untuk menghidupkan lagi watak lakonannya sebagai wanita lembam, bernama Nor.

“Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad dan saya yang minta daripada Shahrulezad. Gemuruh dan ‘blur’.

Sampai sahaja di kubur, saya ‘stuck’ dan air mata tidak berhenti mengalir.

“Ya Allah, satu sahaja pesan saya, jangan tinggalkan solat waima kita ini jahat sekali pun sekiranya ada rasa sayang dengan diri sendiri,” katanya dalam Instagram.

Tidak mampu menggambarkan perasaan yang dirasai ketika itu dia berkata, masuk ke liang lahad merupakan antara hadiah hebat yang diberikan oleh Allah SWT buat dirinya.

“Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar dan izinkan saya masuk ke liang lahad.

Dua hari sebelum hari jadi saya, suami hadiahkan kain kapan. Dosa banyak sampaikan Allah beri nikmat ini.

“Momen ini sangat mahal,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia turut memberi penghargaan kepada pengarah yang banyak mengajar selain memberi kesempatan  buat dirinya melalui momen hiba tersebut.

Buat Shahrulezad, mata saya menjadu saksi betapa sukarnya abang demi drama Seribu Tahun. Terima kasih dan akan simpan rapi dalam hati.

“Semoga setiap ketukan abang menjadi saham pahala. Dimulut abang juga tidak lekang mengatakan semua ini dilakukan kerana Allah.

“Buat yang menonton dan komen, percayalah watak Nor berdiri atas izin Allah. Tanpa izin-Nya, kaku keras saya tak ie mana, terima kasih Tuhan,” ujarnya.

Difahamkan, babak masuk ke liang kahad itu adalah bagi mengebumikab Nor yang meninggal dunia akibat lemas ketika mencari akar bunga teratai di tasik.

Sebelum ini, dia berkongsi kepada umum menerima hadiah set kain kafan daripada suami, Azfaizul Ahtan sempena hari jadinya yang ke-47.

Pemilik nama lengkap Nookhiriah Ahmad Shapie itu menerima dengan hati terbuka hadiah tersebut yang diikat dengan reben berwarna merah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok