Syed Saddiq bikin hati cair lagi

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berseloroh sudah mengenali pelakon Bella Astillah sepanjang hayatnya meski hanya baru beberapa bulan.

Perkara tersebut dikongsi Syed Saddiq menerusi sebuah video milik pelakon, Aidil Aziz  yang bertanya tentang tempoh perkenalannya bersama Bella.

“YB (Yang Berhomat) sudah kenal Bella berapa lama?” soal Aidil.

Tidak berfikir panjang, dia terus mengeluarkan ‘pickup line’ sekali gus memberi bayangan sebenar tentang status hubungan mereka.

“Walaupun sementara tapi rasa macam sudah selama-lamanya,” jawabnya.

Bella yang ketika itu berada disisinya tersenyum dan tersipu malu mendengar respons Syed Saddiq itu.

Difahamkan, momen tersebut dirakam ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti, Eyka Farhana dan suami tercinta, Akhyar Rashid baru-baru ini

Menjengah ke ruangan komen, rara-rata netizen mula teruja bahkan tidak sabar untuk melihat Bella dan Syed Saddiq bersanding di atas pelamin.

“‘Cair terus hati dengar ‘pickup line’ YB.

“Alahal tolonglah kahwin terus. Kepada yang masih solo tolong pindah planet lain.

‘Rezeki Bella dapat kenal lelaki seperti Syed Saddiq, semoga kahwin ya!” komen netizen.

Keterujaan netizen terbukti apabila video tersebut meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 87,000 tanda suka.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga digelar sebagai BASS masih rancak menjadi perbualan ramai dalam media sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan sedang bercinta keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok