Rai hari jadi Amelia Christie, romantiknya Sharnazz!

PERKONGSIAN aktor, Sharnaaz Ahmad meraikan sambutan hari jadi pelakon, Amelia Christie baru-baru ini menuai perhatian  peminat.

Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Sharnaaz yang selesa digelar Mamu dilihat mesra melayan pelakon baharu itu di sebuah restoran, baru-baru ini.

Happy birthday (selamat hari jadi) dear Amelia. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah.

“Selamat berjaya dengan perniagaan baharu, Amelia Christie Lim (ACL). Amin,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Melalui perkongsian itu juga, kelihatan anak tunggal Sharnaaz, Jebat Jayden turut sama berada di restoran tersebut untuk meraikan ulang tahun kelahiran wanita berusia 23 tahun terbabit.

Malah, rata-rata menyifatkan wajah Amelia seiras dengan kanak-kanak  berusia lima tahun itu.

Muka macam Jebat versi perempuan,” kata seorang netizen.

“Kenapa nampak Jebat Jayden?” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Eh! Muka dia sama macam Jebat,” ujar seorang pengikutnya.

Namun, lebih mencuri tumpuan adalah cincin berlian yang dipakai Amelia pada jari manisnya apabila dikatakan sama seperti cincin yang pernah disarungkan oleh Sharnaaz di jari seorang wanita dalam video mempromosikan sebuah produk sekitar Mei lalu.

Samalah cincin tu dengan cincin dalam promosi video tunang,” kata seorang netizen.

“Cantik cincin di jari manis Amelia,” ujar seorang lagi pengguna Instagram.

Amelia yang pernah membintangi drama 7 hari Mencintaimu 2 itu menerusi sebuah video di TikTok sebelum ini menyifatkan Sharnaaz lelaki yang tegas sewaktu pertama kali mereka berkenalan.

Menurut Amelia, mereka juga masih dalam fasa berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

Kami kenal sebagai kawan dan kenal keperibadian masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi, dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana.

Sebelum ini, kemunculan Sharnaaz bersama Amelia pada malam gala Polis Evo 3 memancing perhatian ramai apabila mereka tiba di majlis itu beriringan sambil aktres tersebut merangkul lengannya.

Aktor yang turut membintangi filem terbabit mengakui mereka rapat, namun belum sampai ke peringkat serius ataupun bercinta.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada usahawan selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok