PELAKON berkaliber, Amerul Affendi terkejut dan tidak menyangka dipilih memegang watak utama atau dengan kata lain, hero dalam filem 6 Jilake.
Dalam filem arahan, Aziz. M. Osman tersebut, Amerul, 39, menjadi pilihan nombor satu memegang watak pendekar bernama Kuping.
“Masa mula-mula abang Aziz beritahu mahu saya berlakon jadi hero saya berasa sangsi. Betul ke dia sudah bersedia untuk mempertaruhkan saya?
Sebab saya pernah berhadapan perkara ini banyak kali, pengarah mahukan saya tetapi penerbit tolak. Sebelum ini, tidak sampai tahap hero pun sekadar watak pembantu saja pun nama saya ditolak.
“Saya sudah reda tentang perkara ini sejak 2015 lagi, saya faham inilah yang perlu saya hadapi. Jadi, apabila dipilih jadi hero untuk filem memang terkejutlah,” katanya.
Bercakap tentang cabaran yang perlu dihadapi sepanjang penggambaran di Gopeng, Perak, selain cuaca panas, dia juga perlu menahan tawa.

BANYAK melakukan banyak babak aksi dan buka baju, Amerul yakin pendekatannya masih lagi patuh syariah.
Puncanya, kebanyakan pelakon dalam filem 6 Jilake adalah pelawak hebat.
Cabaran saya adalah menahan gelak sewaktu berlakon ditambah cuaca kemarau. Memang sangat mencabar, penonton boleh lihat sendiri rupa saya dalam filem itu.
“Tidak hanya panas, saya banyak babak aksi jadi memang disediakan pelakon ‘double’ supaya saya tidak terkena strok haba atau cedera. Ada aksi yang saya lakukan sendiri ada yang menggunakan pelakon gantian,” ujar Amerul.
Sebagai Kuping, Amerul juga bermurah hati ‘belanja’ tubuh, namun masih kekal patuh syariah.
Rasanya normal sahaja tidak terlalu terbuka masih patuh syariah, sebab jika buat kerja kampung begitulah ‘pakaian’ saya. Asalkan mana yang wajib ditutup masih tertutup,” jawab Amerul ketawa panjang.
Filem 6 Jilake yang turut membariskan Saiful Apek, Bell Ngasri, Kazar, Jalil Hamid, Mamak Puteh, Wan Gegau dan Asmidar sedang hangat ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu.
Pensyarah
Dalam perkembangan lain, Amerul yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah kini melanjutkan pelajaran Sarjana Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

6 Jilake ditayangkan di pawagam sejak 24 April lalu.
Baru mendaftar kuliah pada 14 April lalu, Amerul mengakui tidak sabar untuk menyelesaikan pengajiannya dan bergelar pensyarah.
Saya memang mahu menjadi seorang pensyarah kerana orang yang datang belajar di universiti atas tiket minat. Saya suka mengajar mereka yang minat.
“Tapi untuk saya mengajar di universiti saya perlukan kelulusan atau sijil, jadi saya perlu belajar sampai peringkat sarjana.
“Jika dahulu saya kerja kampung hobi berlakon, selepas ini profil saya adalah pekerja kampung dan pensyarah yang hobinya berlakon,” tutur Amerul.
Tambah Amerul meskipun sedang menyambung pengajian, dia tidak akan memperlahankan karier seni kerana program sarjana APEL.Q yang diikutinya dinilai daripada pengalaman kerja.
“Saya tidak boleh perlahankan lakonan, tapi harus lebih aktif kerana program yang saya ikuti dinilai daripada empat tahap.
Setiap tahap ada tugasan yang harus diselesaikan dan ada tempoh masa. Paling minima adalah setahun dan maksima empat tahun untuk selesaikan semua tahap.
“Bagi saya program ini sangat bagus bukan sahaja untuk anak seni tetapi bidang pekerjaan yang lain juga. Kita ada pengalaman tetapi tiada sijil, jadi program ini memberi peluang kepada orang seperti saya,” katanya. – HIBGLAM