‘Saya terima segala teguran’ – Rebecca padam hantaran tentang Shahida

DEMI menghormati nasihat abang sulungnya, pelakon Datin Rebecca Al Islam bertindak memadam semua hantaran berkaitan Datin Seri Shahida dalam akaun media sosialnya.

Menerusi hantaran terkini Rebecca, dia mendedahkan telah menerima nasihat daripada abangnya berkaitan isu hangat yang tular sejak kelmarin.

“Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. (Malam tadi). Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang serta kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

“Saya akan padam segala-galanya. Blood is thicker than water ” tulisnya.

Terdahulu nama Rebecca menjadi sohor kini dalam platform media sosial selepas dia membidas kenyataan Shahida yang mendakwa dirinya individu suka mencari publisiti kerana sering berkongsi perihal ibu mentuanya iaitu Bonda Rozita Ibrahim dalam media sosial.

Rebecca yang berang dengan tindakan Shahida itu telah menggelarnya sebagai Mak Cik bodoh dan seorang yang bermulut jahat.

Tidak terhenti di situ, Rebecca turut memuatnaik komen netizen yang mendedahkan aib Shahida. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok