BARU-BARU ini Diva sempat menonton siaran langsung Shuk Sahar dalam TikTok. Shuk pun sekian lama berdiam diri tentang kemelut rumah tangganya ketika ini.
Jadi, manalah tahu dia nak beri sebarang respons tetapi lain pula yang membanjiri ruangan komen.
Ramai yang menyifatkan wajah Shuk mempunyai iras pempengaruh dan usahawan sensasi Jofliam.
Tidak melenting dikatakan memiliki wajah seiras, Shuk menjawab Jofliam lebih hebat dan kaya berbanding dirinya.
Tapi memang banyak betul kata wajah mereka seiras, Diva cuba juga cari persamaan itu tapi sedikit gagal.
Ada juga komen Diva baca selain wajah seiras, mereka juga antara yang mempunyai isu hangat berkaitan rumah tangga ketika ini. Jadi ada banyak persamaan lain rupa-rupanya.
Lucu tapi itulah realiti. Harap isu yang membabitkan mereka berdua selesai dengan segeralah. Kadang-kadang naik bosan asyik orang sama sahaja yang terpalit dengan masalah.