Park Jung-min tak izin anak jadi selebriti

BUKAN mudah untuk mencipta nama sebagai anak seni, pelakon Park Jung-min mengakui enggan anak-anaknya kelak mengikut jejak langkahnya menjadi selebriti.

Ujar aktor berusia 37 tahun itu, kehidupan sebenar seorang selebriti jauh lebih sukar daripada apa yang sering dibayangkan orang ramai.

Nanti kalau saya ada anak, saya akan larang mereka untuk jadi selebriti, buatlah kerja apapun asalkan tidak menjadi anak seni.

“Orang hanya melihat mereka yang berjaya, tetapi kebanyakan selebriti memulakan kerjaya dari bawah dan bekerja keras untuk naik ke atas. Saya tak mahu orang yang saya sayangi mengalami perkara itu,” katanya menerusi rancangan temu bual.

Sebagai seorang yang telah menempuh asam garam dunia hiburan, Jung-min tidak mahu anaknya melalui pengalaman serupa dengannya.

Menurutnya, pengalaman paling sukar adalah berhadapan penghinaan.

Dibenci bukan oleh orang awam, tetapi orang dalam industri sendiri adalah perkara paling menyedihkan dan menjengkelkan.

“Saya tidak terus menjadi bintang selepas debut. Saya melalui pengalaman seperti diabaikan ketika menyapa, dimarahi ketika tidak menyapa dan diperlakukan seperti tidak wujud,” kenangnya. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok