BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terpegun melihat kulit wajah aktor terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun sewaktu menjayakan konsert Cuckootopia Music Fest, semalam.
Menerusi hantaran dalam akaun Instagram penyanyi nombor satu negara itu, beliau berkongsi swafoto bersama pelakon My Love From The Star itu di atas pentas.
“Dapat juga saya berswafoto dengan Kim Soo Hyun. Kulit dia macam baby ya. Saya duduk sebelah dia pun tak berkelip mata tengok kulit dia,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Kim Soo Hyun membuat kemunculan istimewa pada konsert tersebut sebagai duta kepada jenama Cuckoo.
Sementara itu, pada ruangan komen, ramai netizen berasa teruja melihat Siti dan Kim Soo Hyun bergambar bersama.
“Kim Soo Hyun tu tahu tak dia berswafoto dengan biduanita Malaysia? “, komen netizen.
Selain Siti yang merupakan duta Cuckoo Malaysia, konsert tersebut turut disertai oleh Jaclyn Victor, Dolla, Tomok, Siti Nordiana, Joe Flizzow, Firdhaus, Bunkface dan ramai lagi. –HIBGLAM