Maaf, saya ‘team’ Fattah Amin – Peguam syarie

KES perceraian pasangan selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin yang berlangsung hari ini bukan sahaja menjadi bahan perdebatan netizen tetapi juga mengundang perhatian pengamal undang-undang.

Salah seorang yang memberi pandangan ialah peguam syarie, Hafidzah Hassan yang secara terbuka menzahirkan sokongan terhadap Fattah.

Menurutnya, sokongan terhadap Fattah tersebut disuarakan tanpa berbelah bahagi meski sudah mengendalikan kes berkaitan fitnah selama 15 tahun.

“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah.

“Maaf, saya ‘team’ Fattah Amin,” katanya dalam sebuah hantaran Facebook.

Sementara itu, dalam ruangan komen, kenyataan Hafidzah itu disokong beberapa netizen yang mengakui turut menyebelahi Fattah.

“Saya ‘team’ Fattah. Susah perempuan nak sokong lelaki tetapi kali ini kami geng Fattah.

“Kami ‘team’ Fattah juga. Serius sangat sedih apabila lihat dia jawab dakwaan Fazura hari ini,” kata netizen.

Sekadar info, Hafidzah sebelum ini merupakan salah seorang peguam yang pernah mewakili Siti Bainun bagi kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down namun menarik diri atas alasan jadual kerja padat.

Hari ini, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sekitar pukul 9.45 pagi.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 2017 dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok