‘Jaga Bujibu Chempel baik-baik’

BARU-BARU ini pelakon Nabila Huda kongsi kisah duka apabila kehilangan haiwan kesayangan iaitu kucing peliharaan bernama Aoki.

Seluruh warga pencipta kucing turut berduka dengan berita ‘pemergian’ Aoki yang menghidap sakit buah pinggang tahap empat.

Trending dalam aplikasi X, ramai yang mendoakan Nabila sekeluarga tabah meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Aoki apatah lagi lebih 15 tahun ditatang bagai minyak yang penuh.

Sewaktu berita duka itu, ada juga yang sempat menitipkan pesan kepada pelakon Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha agar menjaga kesihatan kucing mereka, Bujibu Chempel atau mesra dipanggil Bujibu dengan baik.

Dianggap sebagai anak sulung dalam keluarga, Bujibu yang memiliki 1.5 juta pengikut Instagram itu tentu sahaja menjadi buah hati kepada semua penggemar kucing.

Selain menyediakan kemudahan dan penjagaan terbaik buat kucing mereka, rata-rata warga maya mengharapkan agar pasangan suami isteri itu tetap memberi tumpuan terhadap kesihatan Bujibu yang kini sudah memasuki umur sembilan tahun.

Diva: Tahniah buat filam Abang Adik yang dicalonkan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Anugerah Akademi Ke-97 atau Oscar tahun depan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok