Dituduh seperti sudah ludah, jilat balik apabila memilih kembali berbaik dengan suami Shuk Sahar, Fara Salleh menempelak segelintir netizen yang seolah-olah suka melihatnya dengan pelawak tersebut bercerai.
Fara menyarankan mana-mana individu yang tidak gembira dia dan suami memilih jalan damai berbanding perceraian agar menekan butang ‘unfollow’ media sosialnya.
“Ada butang unfollow dan block di Instagram. Buat mereka yang tak suka saya atau tak suka saya kembali kepada suami dan betulkan perhubungan kami, tolong jauhkan diri dari Instagram saya.
“Jangan komen yang mengarut di sini,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen hantaran terbaharu, Fara membidas kenyataan seorang netizen yang menyindirnya apabila dia kini sudah berbaik dengan Shuk.
“Sakit hati ya tengok kami tak jadi cerai. Sakit hati tengok kami bahagia, eh? Alhamdulillah Allah Baik,” coretnya.
Kemelut rumah tangga Shuk dan Fara menjadi bualan hangat netizen selepas wanita itu meluahkan dia sudah cuba mencari jalan penyelesaian konflik mereka namun suaminya tidak pernah berubah meskipun sudah banyak berbincang.
Bagamanapun, Fara dan Shuk memilih jalan damai apabila kedua-duanya dilihat terbang ke Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah bersama.
Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu.
Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. –HIBGLAM