Tiket ‘sold out’, 2NE1 tambah hari konsert

SELEPAS pengumuman kemunculan semula, kumpulan lagenda 2NE1 bakal menambah satu hari lagi konsert di Seoul yang diadakan pada 4 Oktober depan.

Ini bermakna, 2NE1 akan beraksi selama tiga hari pada persembahan di Seoul Olympic Park’s Olympic Hall termasuk pada tarikh yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada 5 dan 6 Oktober.

Pihak label YG Entertainment memaklumkan keputusan dibuat sebagai respons kepada banyak permintaan daripada peminat yang tidak dapat membeli tiket sebelum ini.

Jualan tiket awal yang dibuka pada 5 Ogos lalu menyaksikan lebih daripada 40,000 terjual, sekali gus kedua-dua tarikh kini penuh dengan tempahan peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok