Tak kecilkan rahang, Lizzy guna filter

DIDAKWA semakin cantik kerana melakukan pembedahan plastik, bekas anggota kumpulan After School, Lizzy menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas.

Ujar idola berusia 32 tahun itu, wajahnya tetap sama namun tampak berbeza dalam gambar disebabkan kecanggihan aplikasi dan ‘filter’.

“Saya sebenarnya malas mahu cakap soal ini tetapi percayalah ini semua adalah filter!

“Saya tidak mengecilkan rahang. Orang ramai mengatakan saya melakukan sesuatu pada wajah tetapi itu tidak benar sama sekali.

“Terima kasih kerana ambil berat tentang diri saya tetapi kalian tidak perlu bimbang, saya tidak seobses itu untuk mengubah bentuk wajah,” katanya menerusi hantaran dalam sosial media. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok