Tiket tak laku, Hyuna batal konsert jelajah

GARA-GARA memutuskan untuk berkahwin dengan Yong Jun-hyun, penyanyi Hyuna terpaksa berdepan pelbagai kecaman netizen yang tidak merestui hubungan tersebut sehingga ada bertindak ingin memboikotnya.

Impak situasi tersebut, idola berusia 32 tahun itu terpaksa membatalkan konsert jelajahnya di Amerika Syarikat selepas tiket konsert dikatakan gagal terjual.

Perkara tersebut diumumkan penganjur konsert, malah mereka turut berjanji untuk mengembalikan bayaran tiket kepada peminat.

“Malangnya, konsert Hyuna terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Kami akan pulangkan semula wang anda mengikut jangka masa yang ditetapkan,” katanya.

Kecewa dengan pembatalan konsert berkenaan, wanita sensasi itu terus memadam poster promosi dalam semua platform media sosial miliknya.

Ini bukan kali pertama Hyuna mendapat layanan buruk daripada peminat, malah persembahannya dalam acara di sebuah universiti baru-baru ini turut mendapat respons mengecewakan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok