Dikecam merokok, Jennie minta maaf

DIKECAM teruk netizen selepas merokok dalam ruang menunggu di sebuah bangunan tanpa memikirkan keselesaan orang sekeliling, anggota kumpulan Blackpink, Jennie membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jennie, 28, menerusi agensinya, OA Entertainment, mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara rasmi dan berjanji insiden sebegitu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua orang yang berasa tidak selesa dengan tingkah laku Jennie merokok di dalam bangunan.

“Dia telah menghubungi kakitangan yang ada pada masa itu untuk memohon maaf secara peribadi.

Kami juga memohon maaf kepada peminat yang kecewa dan berjanji untuk  bawa imej yang lebih matang dan lebih baik pada masa hadapan,” ujar label terbabit.

Insiden berlaku pada 2 Julai apabila Jennie dilihat merokok di ruang menunggu dan menghembus asap ke arah petugas di situ sebelum satu pertunjukkan fesyen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok