[VIDEO] Hael Husaini ‘tapau’ Intifada

MUNCUL dan menyanyilah dengan lagu apa pun, pasti akan trending. Itulah tuah Hael Husaini.

Terbaharu, tular video dia menyanyikan lagu Intifada dendangan asal kumpulan Rabbani dalam sebuah majlis.

Meskipun disampaikan secara spontan, penyanyi Jampi itu berjaya membuktikan kemampuannya mengalunkan lagu nasyid dengan baik sehingga meraih pujian ramai.

HAEL membuktikan dia mampu membawakan apa sahaja lagu menerusi Intifada.

“Mantap Hael, berjaya buktikan antara penyanyi lelaki ada vokal terbaik di Malaysia.

Jangan pandang rendah dengan Hael, lagu Intifada pun dia boleh tapau,” puji netizen.

Tidak hanya itu, ada juga yang mahu Hael berduet dengan Rabbani menerusi lagu berkenaan. Menarik! – HIBGLAM

@rocketfuelent Senyap je eh semua bila @Hael Husaini nyanyi lagu Intifada 😅 #RFE ♬ original sound – Rocketfuel Entertainment

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok