Dituduh ‘lalok’, Sarah Yasmine sedia buat saringan air kencing

Dituduh ambil barang terlarang, kekasih pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine sedia beri kerjasama kepada polis Malaysia dan Singapura sekiranya diminta melakukan ujian saringan air  kencing.

Katanya, ini susulan segelintir individu mendakwanya mengambil dadah ketika membuat pendedahan mengenai Aliff dan Ruhainies yang turut mengheret beberapa artis lain.

Saya okey saja kalau nak ambil urin (air kencing), sila (mari) Central Narcotics Bureau Singapore (NBS) dan polis di Malaysia.

“Saya juga sedia luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing itu,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.

Wanita asal Singapura itu bagaimanapun memberi peringatan kemungkinan individu lain pula yang terkait dengan bahan terlarang.

Jangan nanti kerana plot twist dia, orang lain yang terkena (sangkut),” ujarnya lagi.

Nama Sarah Yasmine menjadi bualan ramai selepas mengaku bercinta dengan suami pelakon Bella Astillah sejak Januari lalu.

Satu persatu pendedahan dibuat kerana tidak tahan melihat aktor berkenaan dihentam sejak dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Konflik empat penjuru itu semakin panas apabila Sarah ‘melondehkan’ banyak cerita mengejutkan termasuk hubungan cinta antara Aliff dan Ruhainies selain mengheret ramai selebriti lain.

Ketika sebahagian netizen menyokong tindakan ibu tunggal anak dua itu, Persatuan Seniman Malaysia dan ramai selebriti  mendesak Sarah pulang ke negaranya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok