Hamil? Mana ada – Angeline Tan

PELAKON Angeline Tan menafikan khabar angin kononnya sudah berbadan dua selepas enam bulan bergelar isteri kepada pengarah Sabri Yunus.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca spekulasi tersebut tersebar.

Tak adalah. Tidak tahu siapa yang kata,” katanya ringkas.

Respons tersebut diberikan terhadap pertanyaan seorang individu mengenai desas-desus kehamilannya dalam aplikasi Facebook.

“Tengok Facebook heboh mengatakan awak hamil.

“Kalau betul tahniah diucapkan,” ujar individu terbabit.

Sementara itu, ada peminat mengakui hampir mempercayai spekualasi yang hangat diperkatakan itu.

Saya nak ucap tahniah tetapi tiada makluman daripada tuan empunya badan.

“Saya cari komen akhirnya jumpa penafian disini.

“Siapalah yang pandai-pandai buat berita tersebut,” kata seorang pengguna Instagram.

Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd. Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok