Sunggook pula masuk tentera

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Vanner, Sunggook mengejutkan peminatnya apabila dilaporkan bakal menjalani latihan tentera pada Mei nanti.

Khabar tersebut disahkan pengurusan kumpulan terbabit, KLAP Entertainment yang meminta semua peminat terus menyokong karya idola kesayangan mereka meskipun penyanyi itu akan menyertai kem tentera tidak lama lagi.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat atas kasih sayang dan sokongan berterusan terhadap Vanner.

Kami ingin memaklumkan bahawa Sunggook akan mendaftar sebagai askar aktif dan memulakan latihan ketenteraan pada 7 Mei nanti.

“Sunggook akan terus menjalankan aktivitinya bersama Vanner sehingga pendaftarannya termasuk konsert solo kumpulan seperti yang dijadualkan,” kata agensi tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok