Bertahun-tahun derita, Wani Kayrie kasihankan Bella

KASIHAN Bella. Dia perlu hadap dan simpan kesakitan selama bertahun-tahun.”

Demikian kata penyanyi Wani Kayrie yang bersimpati dengan nasib yang menimpa sepupunya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Begitupun, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, berkata, tiada apa  mampu dilakukannya selain memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Bella.

“Secara peribadi, saya enggan komen apa-apa walaupun saya tahu apa yang dilalui sepanjang program realiti, Famili Duo sebelum ini.

Saya tiada hak bersuara sebab belum berkahwin dan tidak tahu turun naik dalam rumah tangga. Tapi, saya kasihan dengan Bella.

“Namun, saya tak boleh adili mana-mana pihak, sebab hanya dengar cerita sebelah pihak. Saya mesej Bella dan tak mahu kacau, harap isu rumah tangganya dipermudahkan,” katanya kepada HIBGLAM

Ditanya sama ada pernah berjumpa Bella ketika kemelut berlaku, pelantun lagu Aksara itu menggelengkan kepala dan memberitahu mereka sekadar berhubung menerusi telefon.

Saya dan Bella bertemu dalam satu majlis, awal tahun ini.

Tetapi, saya ada mesej pada hari jadinya, kebetulan tarikh hampir dekat dengan hari lahir saya juga.

“Hanya sekadar mesej ringkas mendoakan satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Balik Raya, semalam.

Sebelum ini, nama Bella kembali menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak 8 Mac lalu apabila suaminya, Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok