Itu bukan saya.”
Demikian penjelasan penyanyi muda, Ajoi Zainal dipercayai merujuk kepada penularan video dalam aplikasi X membabitkan pasangan sejenis didakwa miripnya.
Pemilik nama lengkap Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 26, itu memuat naik hantaran tersebut sebagai tanda penafian terhadap tohmahan dilemparkan kepadanya.
Enggan berterusan melayan spekulasi liar yang tiada kena-mengena dengan dirinya mendorong Ajoi menegaskan cukup di situ penjelasannya.
Itu saja kenyataan saya,” tulisnya dalam hantaran sama yang dikongsikan menerusi Instagram Story.
Menerusi perkongsian tersebut, peserta Big Stage musim empat itu tidak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada pengikutnya.
Terdahulu, sejak beberapa hari lalu netizen memperkatakan video berdurasi sekitar dua minit yang didakwa menunjukkan pelakuan songsang dua lelaki.
Bersandarkan komen mereka yang sudah melihat klip berkenaan, ada beberapa individu ‘memetik’ nama bakat kelahiran Bintang RTM 2018 itu.
Usaha HibGlam mendapatkan respons Ajoi tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab. – HIBGLAM