[VIDEO] Ibu minta Bella Astillah pulang ke pangkuan keluarga

Jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluarga, mereka akan selalu ada untukmu.”

Demikian titipan pesanan ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah atau Eina Astillah dalam Instagram yang mengundang rasa sayu pengikutnya.

Perkongsian video tersebut difahamkan merujuk situasi dilalui pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, yang berulang kali dicurangi suami.

Ini susulan kes tangkap khalwat membabitkan menantunya, Aliff Aziz dengan teman gandingan dalam drama berjudul Terjerat iaitu Ruhainies yang juga kawan rapat Bella pada awal pagi Sabtu lalu.

Eina berkongsi paparan momen anaknya memeluk seorang lelaki sambil menangis dipercayai ahli keluarga terdekat di sebuah lapangan terbang.

Wanita terbabit turut meletakkan kapsyen bersama emoji hati berwarna merah pada hantaran berkenaan.

Sekali gus, hantaran berkenaan menunjukkan sokongan padu seluruh keluarga terhadap puteri sulungnya yang berhadapan situasi getir.

Sejak Aliff dan Ruhainies dibebaskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada petang hari sama, Bella belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dalam ruangan komen rata-rata pengikutnya mengakui sedih melihat hantaran dikongsikan ibu Bella.

Hancur hati ibu, anaknya dilukai berkali-kali. Semoga yang baik-baik untuk Bella dan anak-anak,” ujar seorang netizen.

“Sudah tentu orang tua yang hancur hatinya melihat anak disakiti,” tulis pemilik akaun lain.

Terdahulu, Bella dan Aliff bercerai namun tidak lama apabila kembali bersatu sekitar April 2020 ketika masih dalam iddah.

Hasil perkongsian hidup pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 4. –  HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok