Puji adik, abang Mawar Rashid dikecam

PUJI adik sendiri pun kena kecam. Salah ke? Itulah yang dilalui abang kepada pelakon Mawar Rashid dikenali sebagai Arfan apabila memuji dan bangga memiliki seorang adik yang ‘hot’ seperti Mawar.

Menerusi komen yang ditinggalkan, Arfan memuji Mawar apabila menyifatkan wanita itu sangat cantik, malah berasa bangga dengan adiknya yang berstatus ibu tunggal itu.

“Hot (cantik) adik saya. Saya bangga,” kata Arfan.

Kurang senang agaknya dengan pujian Arfan, seluruh bala tentera netizen mula ‘berjemaah’ meninggalkan komen mengkritik lelaki itu yang seolah-olah bangga dengan penampilan seksi Mawar selepas menanggalkan hijab.

Rata-rata mengecam Arfan sebagai seorang abang kerana tidak berasa malu atau mahu menegur kelakuan adik.

“Awak abangnya? Awak bangga macam mana awak akan ditanya tentang adik awak nanti? Semoga dikurniakan kefahaman agama yang baik,” tegur seorang netizen.

“Bangga di dunia. Dekat sana (akhirat) nanti apalah nak dijawab,” kata seorang lagi netizen.

“Patut bangga dia berhijab. Bukan bangga dia tayang badan,” kata seorang lagi netizen.

Diva bukan nak menangkan sesiapa. Tapi kadang-kadang netizen boleh tahan juga mulut masing-masing. Suka jaga tepi kain orang. Suka hati dialah nak puji adik sendiri. Netizen pula yang panas!

DIVA: Sakit mata tengok tudung ‘kelip-kelip’ keemasan yang digayakan Che Ta dalam satu majlis baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok