Keena derma RM36,000

ENGGAN mensia-siakan hasil royalti katalog muzik, penyanyi Keena yang juga merupakan ahli kumpulan Fifty Fifty menyumbangkan dana buat golongan muda-mudi di Korea Selatan.

Keena, 21, menyumbangkan sebanyak 10 juta won (RM36,000) bagi menyokong kelangsungan hidup anak muda terpilih.

Bantuan tersebut didermakan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah negara itu bagi bagi membantu golongan itu menggalakkan permulaan hidup dan impian mereka.

Selaras dengan Keena, persatuan berkenaan merancang untuk menggunakan sumbangan mengikut sektor tertentu.

Wang disumbangkan akan digunakan untuk kestabilan psikologi kehidupan golongan belia di negara itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok