Ibu mereka masih ada, buat apa saya jaga anak tiri – Azar Azmi

DIDAKWA menggalas tanggungjawab menjaga tujuh anak tirinya, pelakon Azar Azmi tampil meleraikan kekeliruan ramai.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 37, berkata, kesemua anak tirinya  berada di bawah jagaan ibu kandung mereka.

Ya, semua anak tiri ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak.

“Anak tiri semua dibawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri, yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri. Ibu mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga?,” katanya kepada HibGlam ketika Majlis Rumah Terbuka Media Prima,  hari ini.

Tambahnya lagi, pelakon drama Nur 2 itu menegaskan tidak menjadi orang ketiga dalam perkahwinan suaminya sebaliknya berkenalan ketika lelaki itu berpisah dengan bekas isterinya.

“Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berseloroh mahu berkahwin dengan saya.

Kemudian perkara itu menjadi serius dan kami bernikah pada 2021. Sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun,” ujarnya.

Pada masa sama, Azar memilih untuk bersikap terbuka dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan kritikan orang luar yang sering membuat spekulasi terhadap kehidupan peribadinya.

“Terpulang pada orang luar, mereka boleh cakap apa mereka nak. Kalau saya tegakkan, saya menjerit sekali pun atau cuba menerangkan mereka cakap saya pelakon.

Petik jari saja saya boleh buat macam mana saya nak. Tapi terpulang macam saya cakap, mulut manusia tak boleh tutup.

“Hanya orang yang kenal saya tahu macam mana dan apa benda yang saya perlu buat dan apa yang rasa tak perlu untuk saya ambil serius,” jelasnya.

Sebelum ini, tular dakwaan Azar menjadi punca keretakan rumah tangga suaminya dengan bekas isteri.

Sekadar info, Azar dan suami, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, sah berkahwin pada 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini masing-masing berusia tiga dan empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok