Pelakon lelaki, wanita belum nikah tinggal serumah?

BARU-BARU ini ada cerita kurang enak mengenai sepasang kekasih sampai ke pengetahuan Diva.

Kata teman Diva, pasangan pelakon ini tinggal sebumbung.

Terkejutlah juga dengar tapi ini bukan kali pertama nama dua pelakon itu terpalit dakwaan sebegini.

Diva ada juga nampak konten media sosial masing-masing dan memang lokasi yang mereka sering rakam video nampak sama, cuma tak beranilah nak tuduh serumah atau tidak.

Risau juga kalau benar bagai dikata memandangkan kedua-duanya masih hijau dalam industri. 

Sedarlah apa yang mereka buat itu salah.

Jangan sampai kena tangkap khalwat pula, rosak imej dan kerjaya yang sedang rancak dibina.

DIVA: Ramai doa Marissa dan Aslam bercerai, takut komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok