RAMAI tumpang gembira apabila akhirnya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah kini sudah bergelar tunangan.
Kiranya hanya selangkah lagi ke gerbang perkahwinan yang membuatkan peminat ternanti-nanti tarikh mereka disatukan.
Walaupun tidak mendedahkan tarikh pernikahan mahupun persandingan mereka, dalam laman sosial netizen sudah membuat tekaan.
Ada yang dengan yakin Bella dan Saddiq memilih tarikh cantik agar mudah diingati selain membawa makna tersendiri.
Antara tarikh yang digembar-gemburkan adalah 20 Jun depan (26.06.2026).
Tapi ini cuma telahan peminat.
Agaknya yang mana satu tarikh pilihan Bella dan Saddiq?
Dengarnya lokasi, jurusolek, katering sudah ditempah.
DIVA: Katanya ada individu terkenal ‘bitter’ BASS nak naik pelamin.
