‘Mereka tak tahu apa jadi’ – Ini sebab Linda Jasmine minta cerai

LAMA mendiamkan diri, bekas isteri kepada pelakon, Que Haidar iaitu Linda Jasmine, seolah-olah memberi bayangan tentang punca sebenar perpisahan mereka sebelum ini.

Menerusi satu komen yang ditinggalkan di TikTok, Linda menyatakan tindakannya berpisah adalah demi melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini.

“Saya melindungi mereka (anak-anak) daripada kejahatan, sebab itu saya (minta) cerai daripada dia. #YTJT,” katanya ringkas tanpa memperincikan lanjut.

Kenyataan tersebut dipercayai dibuat sebagai respons kepada seorang netizen yang menasihatkan agar Linda kembali rujuk dengan bekas suaminya.

Malah, netizen berkenaan turut mencadangkan supaya mereka bernikah semula demi kebaikan bersama.

“Lebih baik kamu berdua bernikah semula. Kamu berada dalam perlindungan Allah daripada kejahatan, kemudian bersatu kembali demi kebaikan bersama,” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, anak mereka, Tengku Ratu Haidar, turut tampil memberikan respons dengan menjelaskan bahawa orang luar tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Terima kasih atas perhatian kalian, tapi awak tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir,” jelasnya.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok