Minat masak, Nabila Huda idam masuk sekolah kulinari

MINAT memasak, pelakon Nabila Huda meluahkan hasrat mahu mengikuti pengajian dalam bidang kulinari bagi memenuhi impiannya.

Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 41, berkata belum terlambat untuknya memenuhi keinginan yang cukup menebal dengan ke sekolah masakan.

“Kalau ada peluang dan masa, saya memang teringin sangat nak pergi ke sekolah masakan.

“Mungkin belum terlambat untuk kejar impian lain sebab memasak sentiasa jadi cinta pertama saya,” katanya dalam perkongsian di Threads.

Menerusi hantaran itu, Nabila meminta pengikutnya menyenaraikan beberapa institusi pengajian yang menawarkan kursus bersesuaian.

“Bunyi macam satu perancangan yang menarik. Jadi apa kata anda semua senaraikan sekolah kulinari terbaik yang kalian tahu,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang maklum balas ramai memberi dorongan kepada aktres tersebut agar merealisasikan impiannya.

Malah ada dalam kalangan peminat turut menyarankan pelakon filem Gayong itu membuka kafe suatu hari nanti.

“Masih belum terlambat untuk kejar impian. Kemudian buka kafe sendiri okey,” tulis netizen.

Terdahulu, Nabila antara selebriti yang aktif berkongsi video masakan dalam laman sosialnya terutama menyediakan masakan barat.

Menerusi komen, setiap video di dapur terutama persediaan memasak bekal untuk sekolah anaknya, Keisha Laila, 17, meraih pujian ramai serta tontonan tinggi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok