PEMPENGARUH media sosial Kasih Iris Leona mencuri tumpuan apabila merayu netizen mengajarnya untuk fasih bertutur bahasa Melayu ‘pasar’ demi mendapatkan satu tawaran pekerjaan.
Kata Leona, dia mengalami kesukaran untuk fasih disebabkan tidak mengetahui banyak kosa kata bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.
“Saya diberikan satu cabaran iaitu perlu belajar bertutur bahasa Melayu ‘pasar’ dengan fasih dalam tempoh 30 hari.
Saya juga tak biasa menggunakan panggilan ‘aku kau’ sebab mak saya tak benarkannya sebelum ini.
“Jadi, saya minta tolong kalian beri ayat yang saya boleh praktikkan untuk fasih dalam bahasa Melayu,” katanya.
Lebih menyukarkannya, dia dikelilingi dengan individu yang berbahasa Inggeris dalam kehidupan seharian berbanding menggunakan bahasa kebangsaan.
“Kebanyakan individu dalam persekitaran saya bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu baku.
Namun, saya perlu menguasai bahasa Melayu ‘pasar’ ini untuk dapatkan satu pekerjaan,” ujarnya.
Paling lucu, ada yang menyamakannya dengan watak Laila atau Lailer dalam drama Kampung People selain memintanya menonton animasi Upin & Ipin.
“Leona adalah ‘the real’ Lailer. Tengok Upin & Ipin, automatik akan mula pandai berbahasa Melayu dengan baik,” kata netizen. – HIBGLAM
