TIDAK dinafikan watak antagonis dalam mana-mana drama pasti mudah meraih perhatian sehingga tular dalam media sosial.
Terbaharu, watak Zakwan lakonan Izzue Islam dalam drama Bahagia Yang Tertangguh pula bakal dibenci penonton.
Meski belum ditayangkan, drama arahan Osman Ali itu sudah menjadi bualan ramai malah watak Izzue yang sering memarahi isterinya lakonan Nad Zainal juga mula menerima kecaman.
Rata-rata peminat drama tempatan tidak sabar menonton lakonan hebat Nad dan Izzue.
Baru video ‘teaser’, sudah rasa benci dengan Izzue, kalau bawa watak jahat memang menjadi.
“Mantap drama ini hadirkan pelakon-pelakon power” komen netizen.
Drama yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 17 November ini itu turut dibintangi Kamal Adli, Mimi Ernida, Rozita – HIBGLAM
