Kecoh Fattah Amin, Amira Othman nikah hujung tahun ini?

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Fattah Amin kembali memanas apabila didakwa bakal menamatkan zaman duda tidak lama lagi.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna platform Threads, Kimchikims_ mendedahkan berita berkenaan kononnya diperolehi daripada sumber boleh dipercayai.

“Info sahih kata Fattah Amin akan kahwin tak lama lagi,” tulis individu tersebut secara ringkas.

Meskipun tidak menamakan bakal pasangan, rata-rata netizen mula mengaitkan penyanyi Amira Othman sebagai calon isteri.

Malah, ada juga pihak mendakwa majlis persandingan sudah dirancang termasuk dewan perkahwinan sudah ditempah.

“Dengar kata dewan dah ditempah, tahniah! Disember barangkali,” komen seorang pengguna.

“Berita ini yang kami tunggu, akhirnya mereka kahwin juga!” ujar netizen lain.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa komen turut menyatakan Fattah dan Amira sebelum ini dilihat kerap bersama, termasuk berpakaian sedondon dengan alasan bekerjasama dalam urusan kerja.

“Memang nampak serasi. Kalau betul mereka bersatu, doa kami mengiringi,” tulis seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Amira dan Fattah mula mendapat perhatian selepas bergandingan dalam video muzik lagunya, Bila Nak Kahwin.

Sejak dari itu, hubungan mereka semakin rapat selepas beberapa jenama mengambil mereka sebagai duta bersama.

Meski kerap diasak menjelaskan status hubungan, kedua-dua mereka konsisten menjelaskan bahawa mereka hanyalah rakan sekerja. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok