PELAWAK Shuib berdepan detik cemas apabila kereta miliknya dilaporkan hilang pada hari ini.
Menurut Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 41, kejadian tersebut disedari selepas selesai menghadiri urusan di Mahkamah Shah Alam sebelum mendapati kereta Toyota CHR berwarna kuning tiada di lokasi parkir.
Tadi urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas selesai urusan nak balik kereta Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang,” katanya dalam Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada empat orang anak itu tidak pasti sama ada keretanya dicuri atau ditarik pihak penguatkuasa.
Tak tahu hilang kena rembat (curi), towing MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) tarik ke?
“Siapa ada info beritahu ya,” ujarnya.
Rata-rata netizen mendoakan agar Shuib dipermudahkan urusan selain menyarankannya ke balai polis berdekatan.
“Pergi balai polis saja, kalau kena tarik dekat MBSA polis akan beritahu. Kawan saya pernah kena,” kata peminat.
Shah Alam ini paling senang kereta kena towing MBSA. Parkir salah memang cepat saja kena,” ujar pengikut.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kereta segera dijumpai. Amin,” tutur peminat lain. – HIBGLAM