‘Tiara, ayah tak malu dikata menumpang aura kamu’

SEMPENA ulang tahun kelahiran anak yang ketujuh, pelawak Achey mengakui puterinya, Tiara membawa rahmat dalam keluarga kecil mereka.

Berkongsi coretan penuh emosi, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 39, sering mempersoalkan sama ada dirinya layak menjadi bapa kepada Tiara.

“Wahai Tiara yang disayangi ramai, ada yang mengatakan ayah menumpang anugerah aura kamu.

“Ayah tidak malu untuk mengatakan benar kerana jawapan yang sebaliknya akan membuatkan orang ramai tidak selesa.

“Dalam tak sedar jatuh air mata ayah. Kadang ayah terfikir, layak ke menjadi ayah kepada anak yang hebat ini,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pada masa sama, Achey turut mendoakan anaknya itu mampu mengharungi segala cabaran dalam hidup.

“Harapan ayah kau penuhkan seluruh kehidupan kamu dengan kebaikan, walau apa cara dan situasi sekalipun.

Maaf kalau ayah dan mama ada tersilap corak untuk mencantikkan keperibadian kamu.

“Mungkin kamulah yang kena lakukan sendiri untuk mencantikkan keperibadian kamu kelak,” ujarnya.

Untuk rekod, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok