Karma! Ketiak Blake Lively jadi bahan kutukan

PELAKON Blake Lively menjadi sorotan netizen akibat insiden memalukan membabitkan penampilannya menghadiri tayangan perdana filem baharunya, Another Simple Favor.

Gaun biru berpotongan unik memperlihatkan keseksian pelakon berusia 37 tahun itu ketika tampil di Jazz at Lincoln Center, New York, baru-baru ini tampak tidak ‘kena’.

Ini kerana fokus netizen hanya terarah kepada bahagian bawah lengannya apabila sisa semburan bagi memperlihatkan kulit lebih berseri terlekat pada persalinannya.

Seorang peminat meninggalkan komen di Instagram dengan mendakwa warna semburan pada ketiak dan bajunya sangat menyerlah.

Ada pula pengguna laman sosial yang mengaitkan insiden tersebut dengan kontroversi masa lalu Lively dengan tindakannya mengejek artis lain suatu masa dahulu.

Jijik sangat jelas bekas semburan pada gaun dan bahagian ketiak sekali gus mengingatkannya pernah mengejek seorang pelakon lain berhidung besar.

“Sekarang dia sendiri jadi sasaran kutukan. Ini semua karma,” tulis seorang netizen.

Begitupun, isteri kepada aktor Ryan Reynolds itu enggan melayan sebarang provokasi daripada peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok