BERTAHUN-TAHUN tidak sebulu disebabkan lelaki, penyanyi Miley Cyrus dan Selena Gomez dikatakan sudah berbaik selepas bertembung di Anugerah Akademi, baru-baru ini.
Dua bintang yang membesar bersama dari kecil menerusi projek Disney itu sudah dilihat menghabiskan waktu berdua ketika majlis penghargaan tersebut berlangsung.
Rentetan pertemuan tersebut, mereka kemudian menikmati makan malam di sebuah lokasi dan turut menghabiskan masa yang menyeronokkan ditemani kekasih masing-masing.
Sumber terdekat mendakwa kekasih Selena, Benny Blanco merupakan individu yang berusaha merapatkan persahabatan mereka kerana dia dan Miley sudah lama berkawan.
Kedua-dua mereka pernah terbabit dalam pelbagai projek muzik selain mempunyai kelompok teman yang sama dalam industri hiburan
Menariknya, Miley dan Selena mengaturkan pertemuan itu secara double date atau berpasangan kerana Miley turut ditemani kekasihnya, Maxx Morando yang juga aktif dalam arena muzik.