4 peserta CSOIAM berputih mata gagal rebut hadiah RM1 juta

IMPIAN empat peserta iaitu Trio XL, Dhania, Aniq Iffat dan Erfarina bergelar juara Calpis Soda One In A Milllion (CSOIAM) merebut hadiah berjumlah RM1 juta lebur apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kedua hari ini.

Keempat-empat peserta tersebut diumumkan tersingkir selepas meraih markah keseluruhan terendah pada minggu ini.

Penyingkiran empat peserta itu sekali gus memberi peluang kepada 10 peserta lain merebut gelaran juara CSOIAM iaitu Zazzleen, Eylia Guntabid, Hafiz Zainal, Mariam, Kai Deva dan Alya Mardien.

Sementara empat lagi yang layak mara minggu ketiga ialah Marygrace, Dayangku Iffah, Jimi dan Rezza Shah.

Sementara itu, Terpaling Fizz iaitu peserta terbaik mingguan pula menjadi milik penyanyi kelahiran Pulau Pinang iaitu Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara Janji nyanyian asal Datuk Awie.

Markah keseluruhan para peserta dinilai berdasarkan 60 peratus markah daripada tiga juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan serta baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.

Minggu depan, 10 finalis tersebut bakal berentap dengan tema Rasa Paling Indah.

Juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta termasuk wang tunai RM500,000, sebuah kereta PEUGEOT 408 bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif.

Program yang berlangsung setiap Ahad pukul 9 malam itu dihoskan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok