MENZAHIRKAN rasa syukur, pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berkongsi khabar gembira itu dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan mereka.
Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak kelima.
“Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya.
Bagaimanapun Fizz mahupun Almy tidak berkongsi secara terperinci butiran lanjut mengenai bayi mereka.
Sebelum ini, Fizz memuat naik beberapa foto dalam InstaStory menunjukkan keadaan bilik hospital.
Semoga dipermudahkan. Amin,” katanya.
Terdahulu, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almi atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pada 26 April 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 15. – HIBGLAM