Lee Kwang-soo makin gelap

SIAPA yang tidak kenal dengan bintang mega Korea Selatan, Lee Kwang-soo selaku selebriti sarat sisi kelakar terutama dalam rancangan realiti popular Running Man.

Namun, pasti ramai yang akan terkejut melihat lakonan gelap lelaki berusia 39 tahun itu dalam drama No Way Out: The Roulette.

Dalam naskhah tersebut, Kwang-soo membawakan watak penjual daging yang ingin membunuh seorang penjenayah bagi mendapatkan ganjaran besar.

Dengan penampilan selekeh dan pandangan mata tajam serta menggunakan kata-kata kasar, lakonan lelaki tinggi lampai itu diakui semakin serius, dia bukan sekadar ‘pak lawak’. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok