Kekal tenang, Ira hanya ucap assalamualaikum

Assalamualaikum.”

Itu ungkapan ringkas yang dimuat naik Ira Kazar dalam satu hantaran InstaStory hari ini.

Sejak tular berita pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memfailkan perceraian terhadapnya pada 19 Ogos lalu, Ira dilihat lebih kerap berkongsi swafoto dan aktiviti hariannya dalam Instagram.

Anak kepada pelakon Kazar Saisi itu bagaimanapun sehingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakan Syamsul memfailkan cerai pada Isnin lalu.

Hari ini, selain memuat swafoto, dia turut berkongsi gambar makanan iaitu laksa dan mi kari.

Sementara itu dalam TikTok, setiap foto yang dikongsi Ira pasti tular dan meraih perhatian ramai selain terus mendapat kata-kata semangat daripada netizen.

“Jangan tangisi sebab ini perancangan Allah SWT. Kamu akan kecapi kebahagiaan akan datang.

Ira sangat cantik, semoga dapat jodoh yang lebih baik,” kata netizen.

Isnin lalu peguam Syarie mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan pengarah filem Munafik itu memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Terdahulu, berita permohonan cerai dibuat Syamsul terhadap Ira belum pun setahun berkahwin mengejutkan ramai walaupun akhir tahun lalu spekulasi perpisahan mereka sudah mula tersebar.

Tiada persefahaman menjadi alasan sutradara berusia 40 tahun itu untuk memilih perceraian, berita tersebut disambut dengan tanda tanya termasuk bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam.

Pasangan terbabit bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu yang kemudian disahkan Syamsul sendiri menerusi video dimuat naik dalam Instagram.

Rentetan itu, Puteri Sarah Liyana yang juga isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok