147
REZEKI melimpah-ruah hasil kerja keras, anggota kumpulan 2PM, Junho dilaporkan berjaya membeli sebuah bangunan komersial bernilai RM58 juta yang terletak di Gangnam-gu, Seoul.
Menurut sebuah laporan, bangunan tersebut mempunyai empat tingkat dengan berkeluasan 830.8 meter persegi.
Fleksibel dan sarat kemudahan, bangunan itu juga berdekatan dengan pengangkutan awam dan segala kemudahan lain yang bakal memudahkan pekerjanya kelak.
Sebelum ini, bangunan itu dimiliki mendiang pelakon Kang Soo-yeon dan menjualnya setelah meninggal dunia akibat pendarahan otak pada Mei 2022. – HIBGLAM