Elyana noktah perkongsian mengenai kemoterapi

MAAF. Tiada lagi hantaran mengenai perjalanan kemoterapi saya sampai bila-bila.

Demikian kata putus penyanyi Elyana yang terusk dimaki hamun selepas menolak untuk dijadikan ‘kaunter pertanyaan’ netizen berhubung penyakit kanser.

Ujar Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 37,dia hanya mampu mendoakan mereka yang menghidapi apa-apa masalah kesihatan diberikan kesembuhan segera.

“Saya doakan kepada anda yang sakit akan mendapat kesembuhan yang luar biasa daripada Allah SWT,” katanya menerusi InstaStory.

Menerusi perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu menitipkan kata-kata semangat agar mereka menjaga diri dan cekal menempuh segala ujian.

Tolong jaga diri baik-baik, kuatkan semangat. Saya tahu kalian lagi kuat daripada saya.

“Selamat meneruskan kehidupan. Saya sayang anda semua,” ujarnya.

Sebelum ini Penyanyi Kalis Rindu itu bengang kerana dianggap seperti kaunter pertanyaan hospital tetapi tetap dihamburkan pelbagai kecaman apabila memberikan jawapan tidak memuaskan hati.

Terdahulu, dia mendedahkan menghidap barah limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim empat pada 2017.

Begitupun, Elyana yang sudah disahkan bebas kanser limfoma sekitar tiga tahun lalu pernah menyatakan ‘berhutang’ satu lagi sesi kemoterapi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok